My Story
PENGENALAN
Saya sangat meminati pemakanan rendah karbohidrat yang sihat dan ingin membantu anda membuat pilihan tepat. Saya menyediakan panduan dan artikel setelah mendapat rujukan pakar.
Saya bekerjasama dengan profesional perubatan untuk memastikan maklumat terkini dan tepat. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai ketodiet di sini.
Jadi mari kita mulakan!
IKHLAS
ADDA UWAIS

Assalamualaikum, hi!
Saya Adda Uwais pengasas eatslim lifestyle dan Ketodiet Sifu. Secara professional nya saya memegang ijazah sarjana muda Jurukur Bahan, alumni Uitm dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan jaringan Malaysia-Netherland (Unigeorgia, Netherland)
Pada masa yang sama saya sangat meminati dan suka amalkan gaya pemakan yang sihat. Saya suka makan, ambil gambar makanan dan suka mencuba resepi diet baru. Saya sangat percaya dengan diet rendah karbohidrat dan senaman berterusan mampu atasi obesiti di Malaysia dan juga dunia, inshaAllah.
Formula untuk kurus yang betul adalah 80% jaga makan dan 20% senaman


Saya ubah gaya pemakanan apabila saya buat pembedahan buang satu thyroid pada tahun 2010 dan doc mengesahkan thyroid saya ada Kanser. Doktor berkenaan telah rujukkan saya kepada pakar oncology dan menasihati saya untuk terus buat pemeriksaan selanjutnya iaitu kimoterapi dan bekalkan segala jenis ubat hormon.
Allahuakhbar hanya Allah sahaja tahu perasaan saya ketika itu. Saya ikut naluri hati saya, buang semua ubat dan tidak lagi bertemu doktor berkenaan.
Kesan daripada buang thyroid, kadar metabolism saya sangat rendah dan saya mula rasa berat badan semakin naik hingga cecah 80kg, cepat letih, sakit belakang, sakit lutut dan lemak dalam badan meningkat (body fat). Paling teruk sekali saya rasa sangat kurang yakin dan rasa buruk.
Sehinggakan ada satu masa ditegur oleh lelaki yang tidak dikenali “sudah berapa bulan mengandung kak?”….panas muka saya seperti ditampar saat itu….saya tak mengandung tapi perut saya kelihatan 5 bulan mengandung. Bermulalah titik point saya untuk mula ambil tindakan dan mula jaga diet.
Kekuatan demi kekuatan saya kumpul dan tekad untuk mencari jalan bagaimana nak ubah gaya pemakanan sihat daripada bergantung kepada ubat.
“kita adalah apa yang kita makan”
Saya sedar bahawa saya tidak boleh turunkan berat badan sekiranya saya tak tukar tabiat pemakanan. Daripada situ saya buat kajian pasal jenis diet dan pelan pemakanan yang mungkin boleh berhasil dengan badan saya.

Pada awalnya saya takut nak cuba kerana bila dengar orang cakap diet rendah karbohidrat ini tidak bagus dan boleh memudaratkan. Tetapi setelah saya buat bacaan serta kajian dan cuba sendiri makan makanan rendah karbohidrat jelas sekali tanggapan mereka silap.
Diet rendah karbohidrat bukan sahaja diet semata, tetapi ianya adalah satu gaya hidup yang menawarkan kita kebaikan untuk jadi lebih sihat. Pengiraan kalori tidak lagi jadi beban dan kemudiannya tenaga saya kembali seperti biasa, dan saya tidak perlu bersenam lebih daripada tiga kali seminggu.
Yang penting saya rasa perubahan dalam badan dan jadi lebih sihat dan kekal aktif.

Mengikuti pelan diet rendah karbohidrat, saya dapat mengurangkan berat daripada 80kg ke 55kg dalam masa 3 bulan dan juga membantu saya mengekalkan berat yang sihat dengan makan makanan yang sebenar malah saya turut menghasilkan resepi diet rendah karbohidrat pelbagai pilihan.
Apa yang susah bila kita buat diet rendah karbohidrat ini adalah makanan yang sangat terhad dan tiada banyak pilihan. Dengan panduan buku ini anda akan belajar dan pahami bahawa diet rendah karbihidrat ini tidaklah susah mana pun.
Diet rendah karbohidrat telah merubah gaya hidup saya. Saya harap buku ini mampu merubah hidup anda juga.


BANTU ADIK HILANG 50KG DALAM 10 BULAN
Bila saya berjaya turunkan berat badan, dan mula beri inspirasi kepada orang lain. Orang Pertama yang saya bantu adalah adik beradik saya, salah seorang nya adalah Cik Puan Siti Badariah berjaya hilangkan 50kg dalam masa 10 bulan.
Pelan pemakanan yang sama, diet yang sama dan alhamdulillah sekarang beliau sedang bermain dengan baby kecil baru lepas bersalin.
Setelah 13 tahun impiankan anak kedua, akhirnya lepas berjaya kurus Allah bagi rezeki anak lelaki yang sangat comel.
Berkat usaha dia konsisten jaga diet dan bersenam setiap pagi.
Tahniah Angah! so proud of you.