...

Diet Sihat Tanpa Gula

Apa itu Diet Tanpa Gula | Kebaikan | Macam Mana nak Mula | Makanan Diet Sihat Tanpa Gula | EatSlim Lifestyle

Korang tahu tak? Penghapusan gula tambahan, adalah keputusan yang sangat sihat yang mampu mengubah hidup. Kebanyakan orang sedar tentang bahaya manis gula, oleh itu mereka cuba mengurangkan pengambilan gula harian, walaupun ramai yang berputus asa dalam proses tersebut.

Jadi, korang nak tahu tentang satu diet sihat tanpa gula ni tak? Jom ikuti perkongsian AU.

Apa itu Diet Sihat Tanpa Gula?

Diet sihat tanpa gula ini juga dikenali sebagai diet bebas gula, yang merupakan gaya pemakanan secara mengehadkan pengambilan gula tambahan. 

Sekatan ini bukan sahaja memfokuskan makanan bergula yang nyata, seperti gula-gula dan air berperisa, tetapi juga gula tambahan yang didapati bersembunyi dalam makanan berperisa seperti sos pasta.

Kebaikan Diet Sihat Tanpa Gula

1. Praktikal dan realistik

Diet sihat tanpa gula yang tertumpu pada real food dan whole food ini mengajar korang sebuah tabiat gaya hidup yang sihat. Hal ini kerana, mengelak pengambilan gula tambahan bermakna, korang juga mengelak daripada makanan diproses yang mengandungi bahan tiruan. 

Ia adalah gaya hidup praktikal untuk dipatuhi, bukan sahaja untuk penurunan berat badan, malahan untuk pengurusan berat badan jangka panjang dan kesihatan keseluruhan.

2. Mudah untuk diamalkan

Diet tanpa gula tidak mempunyai sebarang garis masa, garis panduan, peraturan atau sekatan (selain daripada memotong gula tambahan). Tiada buku untuk dibeli sekiranya korang inginkan informasi lebih lanjut. Korang juga tak perlu melanggan atau membeli sebarang produk makanan tambahan. Apa yang korang perlu lakukan ialah, mengelakkan pengambilan gula tambahan dengan makan makanan yang tidak diproses. Hal ini menjadikan pelan diet sihat tanpa gula, mudah diikuti.

3. Fleksibel dan boleh disesuaikan

Oleh kerana tiada peraturan yang ketat tentang diet tanpa gula ini, apa yang korang makan adalah terpulang kepada pilihan dan bajet peribadi korang. Pelan ini boleh disesuaikan mengikut gaya hidup korang. 

Di samping itu, semasa korang perlahan-lahan menghilangkan pengambilan gula, badan akan mula mengidamkan makanan yang lebih berkhasiat secara semula jadi. Senang cerita, diet sihat tanpa gula ini boleh menggalakkan pemakanan yang penuh perhatian dan intuitif. 

Lama kelamaan, pematuhan kepada gaya hidup tanpa gula boleh menjadi seperti sifat kedua dan bukannya pembaikan sementara atau diet jangka pendek.

4. Kelestarian jangka panjang

Diet tanpa gula juga merupakan satu amalan yang sihat dan selamat untuk diikuti selama-lamanya. Keinginan korang terhadap gula juga akan hilang dari semasa ke semasa. Selagi korang berpegang pada prinsip makan makanan yang tidak diproses dan membaca label dengan teliti, korang akan merasa mudah untuk mematuhi diet ini, untuk jangka masa panjang.

Macam Mana nak Mulakan Diet Sihat Tanpa Gula?

Agak susah untuk mengubah gaya hidup dalam satu hari. Itulah sebabnya adalah lebih baik untuk memulakan diet secara beransur-ansur, supaya korang dapat membiasakan diri dengan corak pemakanan baharu.

Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh orang ramai untuk menjalani diet sihat tanpa gula ini ialah, keinginan berterusan untuk makanan dan minuman bergula yang tidak sihat. Berikut AU kongsikan beberapa cara untuk memulakan diet sihat tanpa gula.

1. Hadkan pengambilan gula

Pertama sekali, cuba hadkan pengambilan gula korang untuk beberapa minggu pertama. Jangan menghapuskannya sepenuhnya daripada diet korang! Ia akan membantu korang menyesuaikan diri dengan gaya hidup rendah gula yang baharu dan akan mengurangkan keinginan terhadap gula. 

Korang juga boleh cuba membuat rancangan untuk mengurangkan pengambilan gula tambahan secara beransur-ansur dan cuba mengikutinya. Jangan berputus asa jika korang gagal dan mencari makanan manis sekali-sekala. Semua ini adalah normal. Bangkit semula dan segera kembali ke landasan yang betul!

2. Kurangkan karbohidrat ringkas

Cara paling mudah untuk mula mengurangkan pengambilan gula adalah dengan mengecualikan pengambilan gula tambahan, kerana ia sememangnya berbahaya untuk kesihatan korang secara keseluruhan. 

Diet Sihat Tanpa Gula
Antara sumber karbohidrat ringkas
Kredit: Botanical-online

Walau bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis gula yang perlu korang simpan pada tahap minimum semasa berpegang pada diet sihat tanpa gula. Ia adalah karbohidrat ringkas yang terdapat dalam roti putih, tepung putih, pasta putih, dan nasi putih. Masalah dengan karbohidrat ini ialah, ia cepat bertukar kepada gula dalam badan korang, dan menyebabkan lonjakan gula dalam darah.

Cuba gantikan karbohidrat ringkas dalam diet sihat tanpa gula korang tu, dengan cara yang lebih kompleks. Contohnya, beras perang yang merupakan pengganti yang bagus untuk nasi putih, dan roti bijirin penuh adalah alternatif yang lebih sihat daripada roti putih.

3. Makan makanan penuh lemak

Kebanyakan orang menganggap lemak adalah sesuatu yang tak baik dan cuba mengurangkan lemak bersama-sama dengan gula. Masalahnya ialah, makanan rendah lemak selalunya mengandungi jumlah gula yang lebih tinggi. 

Sebagai contoh, yogurt rendah lemak boleh mengandungi lebih daripada empat kali ganda gula, yogurt penuh lemak. 

Oleh itu, pilih makanan penuh lemak selagi boleh. Sudah tentu, jangan lupa untuk melihat label dan kandungan kalori, kerana jumlah gula dalam produk penuh lemak mungkin terlalu tinggi untuk diet sihat tanpa gula korang tu.

4. Makan lebih banyak protein

Diet tinggi lemak dan tinggi protein ni boleh mengurangkan rasa lapar, manakala diet tinggi gula tambahan pula akan meningkatkan rasa lapar. Walaupun korang mengambil satu tan kalori, korang akan masih nak makan.

Untuk memastikan diet sihat tanpa gula korang berjaya dan menyeronokkan, ambillah sejumlah besar protein sihat seperti ikan atau tauhu. Lemak baik seperti minyak zaitun dan aprikot juga boleh membantu korang mengurangkan rasa lapar dan menurunkan berat badan.

Makanan Diet Sihat Tanpa Gula

“Tapi AU, apa saya nak buat kalau saya craving makanan manis?”

Walaupun korang mengamalkan diet tanpa gula, tak bermakna korang tak boleh lagi menikmati pemanis mulut yang sedap. Banyak pemanis mulut yang sedap, tapi masih sihat tau! Tak percaya? Mari AU kongsikan 3 resipi pemanis mulut yang sedap dan sihat.

Creme Brulee

Diet Sihat Tanpa Gula

Bahan-bahan:

  • 4 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 cawan whipping cream
  • 1 sudu makan erythritol yang dikisar
  • 3 titis Stevia Riang Drop EatSlim 
  • Allulose atau Erythitol (untuk hiasan)
  • Blue torch (jika ada)

Cara Penyediaan

  1. Pukul 4 biji kuning telur bersama erythritol. Pukul sehingga tekstur kelihatan licin dan ketepikan.
  2. Panaskan whipping cream bersama esen vanila menggunakan api perlahan, sehingga sedikit mendidih. Kemudian sejukkan seketika.
  3. Masukkan whipping cream yang telah disejukkan ke dalam kuning telur yang telah dipukul tadi. Tuangkan sambil adunan dikacau.
  4. Masukkan 3 titis Stevia Riang Drop EatSlim
  5. Tapis dan tuangkan adunan ke dalam acuan pilihan.
  6. Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celsius, selama 20 minit menggunakan teknik water bath.
  7. Setelah siap, taburkan Allulose dan bakar menggunakan blue torch.
  8. Siap untuk dihidangkan!

2. Chia Seeds Pudding | Diet Sihat Tanpa Gula

Diet Sihat Tanpa Gula

Bahan-Bahan:

  • 3 sudu makan chia seeds
  • 1 cawan susu badam atau susu gajus (tanpa gula)
  • 2 sudu makan susu lemak manis keto 
  • Topping pilihan: buah-buahan beri segar dan lain-lain

Susu lemak manis keto

Bahan-bahan:
  • 1 1/2 cawan heavy cream
  • 1/4 cawan pure butter 
  • 1/2 cawan Erythritol 
  • 1/2 sudu teh ekstrak vanila (pilihan)
  • 3 titis Stevia Riang Drop EatSlim 
Cara Penyediaan Susu Lemak Manis Keto
  1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau dengan api perlahan sehingga berbuih, lebih kurang 10 minit.
  2. Biarkan sejuk selama 45 minit dan boleh tuangkan ke dalam balang kaca dan simpan di dalam peti ais.

Cara Penyediaan Chia Seeds Pudding

  1. Rendamkan chia seeds dengan susu badam tanpa gula semalaman. Simpan di dalam peti sejuk.
  2. Setelah chia seeds yang direndam kembang, tuangkan susu lemak manis keto dan hiaskan dengan buah-buahan pilihan sebagai topping.
  3. Sedia untuk dihidangkan! Lagi sedap kalau disejukkan. Makan ketika cuaca panas. Sejuk tekak!
Chia Seeds Pudding yang dihasilkan oleh AU. Boleh tonton di laman Youtube Adda Uwais.

Ais Krim Kelapa Thai | Diet Sihat Tanpa Gula

Diet Sihat Tanpa Gula

Bahan-Bahan:

  • 1liter santan kotak
  • 500ml whipping cream
  • 150gm Erythritol 
  • 5 titis Stevia Riang Drop EatSlim  
  • 1 sudu teh Xanthan gum 
  • 1 sudu makan glycerin 

Cara Penyediaan

  1. Putar whipping cream bersama 150g Erythritol dan 5 titis Stevia Riang Drop EatSlim, sehingga mencapai tekstur stiff peak.
  2. Masukkan xanthan gum dan glycerin, kemudian putar lagi sehingga semua bahan sebati.
  3. Kemudian, masukkan santan kotak. Putar dengan kelajuan perlahan sehingga semua bahan sebati dan tidak berketul.
  4. Tuangkan ke dalam bekas dan bekukan semalam.
  5. Sedia untuk dinikmati terutama sekali ketika cuaca panas. Sedapnya!

Nak Tahu Lebih Lanjut Tentang EatSlim Lifestyle?

Siapa kata nak diet tak boleh makan sedap? Sekiranya korang berminat untuk membuat pembelian produk makanan keto daripada EatSlim Lifestyle, klik di sini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai diet ketogenik, klik sahaja link ini https://linktr.ee/Eatslimlifestyle.

Share:

Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.