Bagaimana Diet Keto Menurunkan Berat badan | Macam Mana nak Mula | Testimoni | EatSlim Lifestyle
Korang tahu tak? Pada tahun 2019, Malaysia telah dikategorikan sebagai negara ‘tergemuk’ di Asia dengan 33 peratus rakyatnya yang mempunyai berat badan berlebihan. Bukan itu sahaja, 18 peratus daripada jumlah tersebut pula mengalami obesiti. Untuk menangani masalah ini, banyak diet telah diperkenalkan termasuklah, diet keto atau diet low carb.
Pengenalan diet-diet yang boleh menurunkan berat badan ini adalah untuk membantu golongan-golongan dengan berat badan berlebihan, mengamalkan gaya hidup dengan lebih sihat.
Tapi AU, betul ke diet keto ni menurunkan berat badan?
Haaa, jom ikuti perkongsian AU! Diet keto ini secara ringkasnya ialah, gaya pemakanan yang tinggi lemak sihat, sederhana dalam pengambilan protein dan rendah karbohidrat. Untuk maklumat lanjut tentang diet keto, boleh rujuk perkongsian AU sebelum ini, di sini.
Bagaimana Diet Keto Menurunkan Berat Badan?
- Pengambilan protein yang lebih tinggi. Sesetengah diet ketogenik membawa kepada peningkatan dalam pengambilan protein, yang mempunyai banyak faedah kepada penurunan berat badan.
- Glukoneogenesis. Badan korang menukar lemak dan protein kepada karbohidrat sebagai ‘bahan api’. Proses ini mungkin membakar banyak kalori tambahan setiap hari.
- Penahan selera makan. Apa yang pasti, diet ketogenik membantu korang berasa kenyang! Ini disokong oleh perubahan positif dalam hormon kelaparan, termasuk leptin dan ghrelin.
- Kepekaan insulin yang lebih baik. Diet ketogenik boleh meningkatkan sensitiviti insulin secara drastik, yang boleh membantu meningkatkan metabolisme badan.
- Penurunan simpanan lemak. Hal ini kerana, karbohidrat berlebihan biasanya disimpan sebagai lemak. Apabila terdapat pengambilan karbohidrat yang minimum, lemak pula akan digunakan untuk tenaga.
InsyaAllah, dengan cara ini, diet ketogenik boleh berkesan membantu korang menurunkan berat badan.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk memastikan bahawa korang tetap memenuhi keperluan kalori harian apabila mengikuti diet ketogenik.
Mengurangkan kalori terlalu banyak boleh melambatkan metabolisme korang, menjadikannya lebih sukar untuk menurunkan berat badan dalam jangka masa panjang.
Macam Mana nak Mulakan Diet Keto untuk Menurunkan Berat Badan?
- Singkirkan karbohidrat. Semak label makanan dan sasarkan 20 hingga 50 gram karbohidrat atau kurang, setiap hari.
- Simpan stok makanan ruji. Beli daging, keju, telur, kacang, minyak, aprikot, ikan dan krim, kerana semua ini akan menjadi makanan ruji dalam diet korang.
- Makan sayur-sayuran. Sumber lemak mengandungi kalori yang tinggi. Jadi, asaskan setiap hidangan pada sayur-sayuran rendah karbohidrat, untuk mengisi pinggan korang. Sayur-sayuran juga akan memberikan serat dan membantu korang berasa kenyang!
- Eksperimen. Diet ketogenik masih boleh menjadi menarik dan lazat. Korang cuma harus berani bereksperimentasi, seperti menghasilkan pasta ketogenik, roti, mufin, brownies, puding, ais krim dan sebagainya.
- Bina Pelan. Sukar untuk mencari makanan rendah karbohidrat semasa korang dalam perjalanan? Rancang menu diet korang supaya boleh kekal konsisten. Siapkan makanan yang mudah dibawa atau mudah dimakan.
- Jejak perkembangan. Ambil foto, ukuran dan pantau berat korang setiap 3 hingga 4 minggu. Jika perkembangan berhenti, periksa semula pengambilan menu harian korang. Pastikan setiap sumber mencukupi dalam setiap hidangan, dan pastikan ia bersaiz sederhana.
- Konsisten. Tiada jalan pintas untuk berjaya! Semua jenis gaya diet memerlukan konsistensi, kerana ia sememangnya faktor yang paling penting.
Testimoni Diet Keto Menurunkan Berat Badan Bersama AU
Untuk pengetahuan korang, selain menjual produk dan berkongsi resipi mesra keto, AU juga mengendalikan program coaching bagi membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Program ini dipanggil, Projek K. Program ini merupakan gabungan kepakaran diet, senaman dan motivasi minda.
Projek K ini akan mengajar peserta tentang pelan pemakanan dan nutrisi pemakanan. Selain itu, peserta juga akan melakukan senaman bersama-sama coach berpengalaman. Para peserta juga dibimbing untuk membentuk mindset yang betul.
Sebenarnya, banyak lagi testimoni yang menunjukkan kejayaan peserta Projek K ini dalam menurunkan berat badan. Korang boleh tengok di laman instagram Projek K Academy.
Sekiranya korang berminat untuk sertai program Projek K ini, korang boleh follow rapat instagram addauwais dan projek_k_academy. AU akan update pembukaan pendaftaran program ini di sini.
Nak Tahu Lebih Lanjut Tentang EatSlim Lifestyle?
Siapa kata nak diet tak boleh makan sedap? Sekiranya korang berminat untuk membuat pembelian produk makanan keto daripada EatSlim Lifestyle, klik di sini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai diet ketogenik, klik sahaja link ini https://linktr.ee/Eatslimlifestyle.