Makanan Diet Keto Friendly | Protein Haiwan | Bahan Tenusu & Alternatif | Sayur-Sayuran | Lemak & Minyak | Produk EatSlim Lifestyle | Eatslim Lifestyle
Apabila korang baru nak berjinak-jinak dengan diet keto, seluruh rak di pasar raya berpotensi untuk menjadi musuh korang. Maksud AU, bukan semua makanan diet keto friendly. Ada yang mengandungi karbohidrat tersembunyi … menunggu untuk masuk ke dalam troli dan menggagalkan “misi ketosis” korang.
Dalam perkongsian kali ini, AU akan kongsikan makanan diet keto friendly sebagai panduan kepada semua tidak kira yang baru nak mengamalkan diet keto mahupun yang sudah lama mengamalkannya.
Diet keto yang bagus dibina dengan keseluruhan hidangan mengandungi nutrien seperti daging, ikan, telur dan sayur-sayuran tidak berkanji. Hidangan diet keto juga mengandungi lemak semula jadi seperti mentega atau minyak zaitun.
Kepada yang masih tidak jelas dengan penjelasan AU berkaitan apa itu diet keto, korang boleh baca perkongsian AU yang lepas. Tekan sini untuk baca.
Makanan Diet Keto Friendly
“Bagaimana dengan memakan daging, mentega dan keju sepanjang hari boleh menurunkan berat badan? Betul ke AU ni?”
Haa … mari AU kongsikan serba sedikit tentang makanan rendah karbo yang juga makanan diet keto friendly. Makanan-makanan ini sesuai untuk korang jadikan menu diet keto.
Protein Haiwan
1. Makanan Laut
Kebanyakan ikan dan makanan laut merupakan makanan mesra keto. Ikan-ikan putih lembut seperti tongkol, halibut dan trout adalah pilihan yang sangat baik.
Cuma AU nak ingatkan, pastikan ikan dan makanan laut diambil tanpa gula tambahan atau serbuk roti untuk memastikan pengambilan karbohidrat korang kekal rendah.
Selain itu, ikan-ikan seperti salmon, sardin dan mackerel mengandungi lemak omega-3 yang sangat tinggi. Lemak omega-3 dapat membantu meningkatkan kepekatan insulin badan.
Semakin peka sel-sel badan kita terhadap insulin, semakin rendah kemungkinan makanan yang kita ambil itu disimpan sebagai lemak.
2. Daging dan Ayam
Daging dan ayam dianggap sebagai makanan ruji dalam diet keto. Hal ini dikatakan demikian kerana kedua-duanya tidak mengandungi karbohidrat dan kaya dengan vitamin B dan beberapa mineral penting.
Daging dan ayam juga merupakan sumber protein berkualiti tinggi yang boleh membantu mengekalkan jisim otot semasa korang mengamalkan diet keto.
3. Telur
Telur adalah sumber protein yang sangat sihat. Setiap telur besar mengandungi kurang daripada 1 gram karbohidrat dan kira-kira 6 gram protein.
Oleh itu, telur boleh menjadi satu hidangan yang ideal untuk diet keto. Di samping itu, telur berupaya mencetuskan hormon yang meningkatkan rasa kenyang.
Adalah penting untuk makan keseluruhan telur daripada putih hingga ke kuning telur kerana kebanyakan nutrien telur terdapat dalam kuning telur. Ini termasuk antioksidan, lutein dan zeaxanthin yang melindungi kesihatan mata korang.
Bahan Tenusu dan Alternatifnya
1. Keju
Keju tidak mengandungi karbohidrat dan tinggi lemak, menjadikannya sangat sesuai sebagai menu diet ketogenik. Ia juga kaya dengan protein dan kalsium. Tetapi, sekeping keju 1 auns memberikan kira-kira 30 peratus daripada nilai harian untuk lemak tepu.
Sekiranya korang bimbang tentang penyakit jantung, maka korang perlu berhati-hati dengan kuantiti pengambilan keju.
2. Yogurt Greek Kosong dan Keju Kotej
Yogurt Greek dan keju kotej tinggi dengan protein dan kaya kalsium. Lima auns yogurt Greek biasa mengandungi hanya 5 gram karbohidrat dan 12 gram protein. Keju kotej juga mengandungi 5 gram karbohidrat dengan 18 gram protein.
Walaupun yogurt Greek dan keju kotej ini mengandungi sejumlah karbohidrat, korang boleh memakannya, tetapi secara sederhana.
Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua kalsium dan protein boleh mengurangkan selera makan. Korang akan kenyang untuk jangka masa yang lama.
3. Susu Berasaskan Tumbuhan Tanpa Gula
Terdapat beberapa jenis susu berasaskan tumbuhan yang dikategorikan sebagai makanan mesra keto, termasuk soya dan badam.
Namun begitu, korang harus memilih versi tanpa gula. Susu yang manis mempunyai terlalu banyak gula dan tidak sesuai untuk dijadikan sebagai menu diet keto.
Sekiranya korang tidak pasti dengan kandungan gula dalam susu yang dijual di pasar raya, korang boleh buat sendiri tau.
Selain itu, korang harus elakkan susu oat, kerana susu oat tanpa gula pun mengandungi karbohidrat yang terlalu tinggi dan sangat tidak mesra diet keto.
Sayur-Sayuran | Makanan Diet Keto Friendly
1. Sayuran Berdaun Hijau
Sayuran berdaun hijau sangat rendah karbohidrat, menjadikannya sangat baik untuk keto. Sayur-sayuran ini juga merupakan antara makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan.
Sayur-sayuran berdaun gelap seperti bayam dan kangkung pula penuh dengan vitamin K dan zat besi.
Sayur-sayuran menambah satu kelainan rasa pada makanan anda tanpa meningkatkan jumlah karbohidrat secara drastik. Selain itu, herba seperti oregano dan rosemary juga berfungsi sebagai penambah aroma rasa tanpa karbohidrat.
2. Zucchini
Zucchini merupakan salah satu sayuran yang boleh divariasikan menjadi pelbagai hidangan dan semestinya rendah karbohidrat.
Malah, zucchini sangat popular dalam kalangan pengamal diet keto. Hanya dengan menggunakan spiralizer, korang boleh hasilkan mi zucchini, yang merupakan pengganti terbaik untuk pasta atau mi.
Korang boleh memarut zucchini sebagai alternatif nasi atau menambahnya ke dalam makanan yang dibakar tanpa menjejaskan rasa. Korang juga boleh menghirisnya nipis menggunakan mandoline, kemudian toskan dengan minyak zaitun, garam dan lada sulah untuk dinikmati sebagai salad sejuk.
3. Sayuran Tinggi Lemak
Avokado dan buah zaitun merupakan antara sayuran yang mengandungi lemak yang tinggi.
“Eh AU, avokado dan buah zaitun ni bukan termasuk dalam kumpulan buah ke?”
Ya, secara teknikalnya avokado dan buah zaitun merupakan buah-buahan. Namun kedua-dua jenis buah ni dianggap unik di kalangan sayur-sayuran kerana kandungan lemak yang tinggi, mengandungi serat dan rendah karbohidrat.
Untuk pengetahuan korang, dalam buah zaitun juga terdapat sejenis antioksidan yang dipanggil Oleuropein. Oleuropein ni mempunya sifat anti-radang dan boleh melindungi sel-sel korang daripada kerosakan.
4. Sayur-Sayuran Tidak Berkanji
Haa, korang tahu tak, sayur-sayuran pun ada yang jenis tidak berkanji. Sayur-sayuran jenis tidak berkanji ini mengandungi rendah kalori dan karbohidrat. Namun begitu, sayur-sayuran ini tetap penuh dengan nutrien dan antioksidan.
Memandangkan sayur-sayuran tidak berkanji ini rendah karbohidrat, jadi ia boleh menjadi pengganti yang sangat bagus untuk makanan tinggi karbohidrat.
Misalnya, korang boleh parut kubis bunga menjadi nasi bunga kubis.
Lemak dan Minyak | Makanan Diet Keto Friendly
1. Minyak Zaitun
AU pasti, kalau AU sebut je minyak zaitun, mesti korang dah tahu khasiatnya. Ya, minyak zaitun dikenali dengan kandungan antioksidan yang tinggi.
Selain itu, minyak zaitun ekstra dara tinggi dalam antioksidan polifeno iaitu sebatian tumbuhan yang seterusnya melindungi kesihatan jantung dengan mengurangkan keradangan dan meningkatkan fungsi arteri.
Sebagai sumber lemak tulen, minyak zaitun tidak mengandungi karbohidrat. Ia adalah asas yang sangat sesuai untuk sos salad dan mayonis yang sihat.
Oleh kerana minyak zaitun tidak stabil pada suhu tinggi seperti lemak tepu, lebih baik menggunakan minyak zaitun untuk memasak dengan api perlahan atau menambahkannya ke dalam hidangan selepas ia dimasak.
Selain minyak zaitun, minyak lain berasaskan tumbuhan yang AU boleh sarankan kepada korang yang nak mencuba diet keto ialah minyak kelapa dan juga minyak sawit.
2. Mentega dan Minyak Sapi
Mentega dan minyak sapi adalah lemak yang baik untuk dimasukkan ke dalam menu diet keto. Hal ini kerana, mentega hanya mengandungi sejumlah kecil karbohidrat manakala minyak sapi bebas karbohidrat sepenuhnya.
Seperti bahan tenusu penuh lemak yang lain, mentega dan minyak sapi nampaknya tidaklah berbahaya kepada kesihatan seperti yang disangkakan sebelum ini.
Bila sebut minyak sapi ataupun ghee ini, terbayang aroma nasi beriani. Sedapnya!
Produk Keluaran EatSlim Lifestyle | Makanan Diet Keto Friendly
Makanan diet keto friendly terakhir yang AU nak kongsikan sudah tentu produk makanan yang dikeluarkan oleh EatSlim Lifestyle. Semua produk EatSlim Lifestyle dijamin bebas gluten, bebas gula dan sangat sesuai untuk korang yang nak mulakan diet keto.
Kenapa AU berani jamin produk EatSlim Lifestyle ni diet keto friendly? Sebab AU sendiri pengamal diet keto sejak 2016 dan AU sendiri menggunakan produk-produk keluaran EatSlim Lifestyle.
Nak Tahu Lebih Lanjut Tentang EatSlim Lifestyle?
Siapa kata nak diet tak boleh makan sedap? Sekiranya korang berminat untuk membuat pembelian produk makanan keto daripada EatSlim Lifestyle, klik di sini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai diet ketogenik, klik sahaja link ini https://linktr.ee/Eatslimlifestyle.