Kenapa Makanan Diet Mahal | Berbaloikah Makanan Diet Mahal? | Tips Perancangan Menu Diet | EatSlim Lifestyle
Sering kali AU dengar, dilema mereka yang baru sahaja ingin mencuba gaya pemakanan yang sihat. Kata mereka, makanan diet yang dijual kebiasaannya mahal dan tidak mampu dibeli oleh golongan marhaen.
Persoalannya, betul ke makanan diet ni mahal? Kenapa makanan diet mahal? Jom ikuti perkongsian AU.
Kenapa Makanan Diet Mahal?
Banyak faktor yang menyebabkan makanan diet ini dijual dengan harga yang mahal. Mari AU ceritakan apa yang menyebabkan makanan diet ini mahal.
1. Tidak menggunakan racun perosak
Korang pasti dah tahu bahawa sayur-sayuran organik ditanam tanpa menggunakan racun perosak dan baja sintetik.
Baja yang digunakan oleh petani organik ialah baja asli seperti baja kompos. Oleh itu, sayur-sayuran yang terhasil tidak mengandungi logam berat yang terkandung dalam racun perosak.
Harga baja kompos dan baja asli jauh lebih mahal daripada racun serangga tau. Namun, untuk menghasilkan makanan yang sihat, petani sanggup membayar harga yang tinggi.
Jadi, jangan terkejut jika produk tersebut dijual pada harga yang mahal juga.
2. Didatangkan dengan Pensijilan Organik
Walaupun di Malaysia sijil diberikan secara percuma melalui Skim Pensijilan Organik Malaysia (myORGANIC), namun pensijilan makanan organik tidak diberikan dengan mudah begitu sahaja.

Kredit: Jabatan Pertanian
Untuk pengetahuan korang, para petani harus memastikan segala pengurusan ladang pertanian bebas daripada racun makhluk perosak dan logam berat.
Sudah pasti usaha untuk menjaga ladang pertanian ini memerlukan petani mengeluarkan kos yang lebih banyak daripada biasa supaya produk pertanian mereka berkualiti dan bebas racun.
3. Kos pengeluaran lebih mahal | Kenapa makanan diet mahal?
Bukan sahaja kos penyelenggaraan mahal, kos pengeluaran untuk makanan diet juga mahal. Pembungkusan makanan yang sihat biasanya diperbuat daripada bahan mesra alam yang boleh dikitar semula.
Berbeza dengan makanan biasa yang dihasilkan secara besar-besaran menggunakan plastik yang kurang mesra alam.
4. Penyeragaman Produk yang Tinggi
Standard yang ditetapkan untuk setiap produk makanan diet adalah sangat tinggi, terutamanya untuk produk daging.
Penternak mempunyai standard yang sangat tinggi semasa mengusahakan ternakan organik, seperti penggunaan makanan organik yang boleh menelan kos dua kali ganda daripada makanan biasa.
Berbaloi ke Melabur untuk Makanan Diet?
AU rasa korang sendiri tahu apa jawapannya. Kebanyakan orang yang mengamalkan diet mempunyai tujuan. Tujuan yang paling lazim kita dengar adalah menurunkan berat badan.
Namun, sering kali AU dengar kata orang “lebih baik beli suplemen daripada beli makanan diet yang mahal.” Yakin ke suplemen tu efektif menurunkan berat badan?
Yakin la AU. Suplemen lagi cepat turunkan berat badan berbanding makan makanan diet.
Dalam korang asyik bertanya kenapa makanan diet mahal ni, korang tahu tak sebenarnya suplemen ni yang lagi mahal daripada makanan diet. Sebab apa? Sebab korang kena beli dan amalkan suplemen secara berterusan untuk kekal dengan berat badan yang diidamkan.
Katakanlah, satu suplemen berharga RM100. Kebiasaannya, suplemen hadir dalam bentuk pil atau kapsul. Satu botol suplemen selalunya untuk sebulan.
Jadi, setiap bulan korang kena keluarkan RM100 untuk suplemen. Itu baru satu botol suplemen. Kadangkala, suplemen ni datang pula dengan pakej. Harga semakin meningkat.
Sekarang, AU nak korang bayangkan. RM100 tadi, korang pergi pasar raya. Beli buah dan sayur. Korang boleh dapat dalam kuantiti yang banyak tau.
Tapi AU, makanan diet ni mahal. Cuba tengok harga minyak zaitun, avokado. Dahlah leceh. Nak kena masak, jadikan hidangan.
Takkanlah setiap hari nak makan menu yang sama? Banyak pilihan menu diet yang korang boleh cuba sebenarnya.
Tak percaya? Boleh tengok balik perkongsian AU tentang menu keto diet seminggu, menu diet keto untuk diabetes dan yang paling terbaru, makanan diet yang sedap dan kenyang.
Ha, AU nak tanya, kalau korang makan suplemen, korang tak makan makanan lain? Makan juga kan? Sebab fitrah manusia sememangnya perlukan makanan sebenar untuk survive hidup. Tak ada maknanya makan suplemen dan tak jaga diet tetapi boleh kurus.
“There is no such thing” orang putih cakap. Jangan sesekali terpedaya dengan ubat kurus yang menjanjikan bulan bintang sebab tiada short cut untuk kurus tau.
Nak kurus kena jaga 80% diet dan 20% senaman. Kadang-kadang AU geram sebab ramai yang menderita akibat daripada makan ubat kurus atau suplemen ni. Kita sendiri tak tahu isi kandungan dia apa kan? Beli pun sebab terpengaruh dengan iklan seller ubat kurus
“Makan ubat kurus tak perlu diet”
“Diet tanpa berlapar, boleh makan apa sahaja”
“Kurus seawal 5 hari”
“Makan ubat kurus ni gerenti boleh pakai kebaya”
Istighfar kawan-kawan… Benda yang cepat menampakkan kesan ni selalunya akan berikan kesan yang sangat buruk pada masa akan datang. Kalau nak cerita di sini betapa AU geram dan kecewa dengan founder-founder ubat kurus ini takkan habis nak cerita… Next story lah AU cerita okey.
Jadi, badan kita perlukan nutrisi yang seimbang. Nak kurus kena jaga diet disusuli dengan senaman ringan 30 minit sehari. Biar lambat asal selamat.
Biar kita bayar harga kesihatan harini sebelum kita bayar esok hari. Bil perubatan berpuluh kali ganda lagi mahal daripada makanan diet. Makanan diet bukan mahal. Cuma kita yang tak ada ilmu.
Tips Perancangan Menu Diet | Kenapa Makanan Diet Mahal?
Mudah sahaja sebenarnya untuk amalkan menu diet ini. Tak perlu pun beli bahan yang mahal-mahal. Berikut merupakan beberapa tips yang AU nak kongsikan untuk korang yang ingin merancang menu diet.
Apa yang penting, tips ini boleh bantu korang merancang sesuai dengan bajet yang ada.
1. Berbelanja Secukupnya
Jangan panik atau keliru apabila korang berhadapan dengan makanan yang sihat. Beli secukupnya dan mengikut keperluan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan sumber protein.

Kredit: Facebook
Tidak perlu berasa tertekan kerana makanan diet kos tinggi yang dijual di pasaran. Mulakan dengan makanan mudah dahulu sambil mengetahui lebih lanjut tentang makanan diet yang lain.
2. Tak perlu beli semua produk organik
Terdapat banyak produk buah-buahan dan sayur-sayuran organik yang boleh korang temui di pasaran.
Jika korang tidak mempunyai lebihan bajet untuk membeli makanan diet yang organik, AU sarankan korang pilih makanan diet yang paling disukai atau makanan diet yang mempunyai kandungan paling berkhasiat.
Dengan cara itu, korang masih boleh makan makanan yang sihat tanpa perlu risau tentang jumlah bajet yang perlu dibelanjakan.
3. Dahulukan keutamaan
Utamakan makanan diet yang menjadi keperluan utama korang. Contohnya, jika korang lebih suka telur, daging dan susu organik berbanding makanan lain, belilah makanan tersebut terlebih dahulu.
4. Rancang pelan makanan | Kenapa Makanan Diet Mahal?
Tak kisahlah sama ada makan secara sihat atau tidak, pelan menu makanan adalah cara biasa untuk memastikan korang mengawal perbelanjaan makanan.

Rancang apa yang korang akan makan minggu depan, supaya korang boleh mengira kos membeli barangan runcit yang sihat tanpa perlu risau tentang membeli-belah di luar kawalan.
Makanan diet dan sihat tidak semestinya mahal. Tidak perlu bahan premium pun untuk korang hasilkan makanan diet yang sedap.
Kadangkala makanan diet memang rumit untuk disiapkan. Tetapi demi kesihatan, korang harus memperuntukkan sedikit masa untuk menyediakan makanan sendiri daripada membeli makanan di luar setiap hari.
Berikan tempoh kepada tubuh korang dan rasai sendiri perubahan pada badan korang. All the best AU ucapkan!
Nak Tahu Lebih Lanjut Tentang EatSlim Lifestyle?
Siapa kata nak diet tak boleh makan sedap? Sekiranya korang berminat untuk membuat pembelian produk makanan keto daripada EatSlim Lifestyle, klik di sini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai diet ketogenik, klik sahaja link ini https://linktr.ee/Eatslimlifestyle.