Makanan Diet Yang Sedap Dan Kenyang

Antara Diet & Makan Sedap | Makanan Diet yang Sedap dan Kenyang | EatSlim Lifestyle

AU perasan kan, bila sebut tentang makanan diet je … mesti orang terbayang makanan tawar, kosong dan tak ada rasa. Jadi, untuk perkongsian kali ini, AU akan kongsikan makanan diet yang sedap dan kenyang.

Pemilihan makanan diet seperti diet keto atau diet low carb boleh menjadi agak rumit, kerana korang perlu beri tumpuan kepada pilihan makanan yang betul. Barulah proses ketosis boleh berjalan sepanjang hari.

Ini bermakna korang kena elakkan makanan manis dan makanan yang diproses sebanyak mungkin, kerana makanan ini boleh menjejaskan proses membakar lemak.

AU pernah ceritakan tentang proses ketosis dalam perkongsian sebelum ini. Kalau korang belum baca lagi, boleh tekan di sini.

Antara Diet dan Makan Sedap

Apabila korang sudah serasi dengan amalan diet keto atau diet low carb, kebiasaannya masalah yang akan muncul adalah penerimaan daripada orang di sekeliling kita.

“Apa yang AU buat kalau dalam situasi macam ni?”

Penerimaan orang boleh jadi baik dan tidak baik. Oleh itu, kalau AU dalam situasi begini, of course AU akan hasilkan hidangan mesra diet keto atau diet low carb yang sedap tanpa mereka sedari bahawa hidangan tersebut mesra diet keto.

Kadangkala orang mempunyai persepsi yang negatif terhadap makanan diet kerana mereka mungkin belum menjumpai makanan diet yang sedap.

Sebelum AU teruskan … perkongsian kali ini AU rasa istimewa kerana ini adalah dedikasi kepada pelanggan setia EatSlim yang meminta AU untuk kongsikan makanan diet yang sedap dan kenyang.

Lepas ini, bolehlah korang hidangkan bukan sahaja untuk santapan sendiri, tetapi juga untuk dinikmati bersama keluarga atau rakan-rakan.

Makanan Diet yang Sedap dan Kenyang

Siput Sedut Masak Lemak | Bunbun Chicken Filling | Chicken Frittata

Untuk pastikan makanan yang korang sediakan sedap dan kenyang untuk jangka masa yang lebih lama, AU sarankan korang tumpukan kepada makanan yang tinggi serat dan tinggi lemak tetapi rendah karbohidrat. Makanan seperti ini akan membuatkan korang cepat kenyang kerana kedua-dua lemak dan serat sangat mengenyangkan.

Berikut AU kongsikan tiga makanan diet yang sedap dan kenyang untuk korang cuba di rumah.

1. Siput Sedut Masak Lemak

Hidangan ini AU rasa merupakan hidangan yang paling orang takkan sangka makanan diet. Yalah, bila sebut makanan diet selalu orang akan fikir sayur-sayuran. Ini tiba-tiba ada siput sedut masak lemak pula.

Tapi, macam mana siput sedut boleh jadi makanan diet?

Sebab siput sedut ni kaya dengan protein dan lemak sihat tau. Sesuailah untuk korang yang tengah amalkan diet keto.

Bahan-bahan:

  • 1kg siput sedut
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 inci kunyit*
  • 2 inci lengkuas*
  • 400gm santan pekat
  • 200ml air
  • 2 keping asam keping
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh mushroom seasoning
  • 2 titis stevia EatSlim (jika perlu)
  • 7 helai daun kaduk (jika ada)
  • 5 tangkai daun kesum

Nota: Bahan bertanda (*) merupakan bahan yang dikisar

Cara Penyediaan:

  1. Kisar bahan bertanda (*).
  2. Tumis bahan kisar tanpa minyak.
  3. Perasakan dengan garam dan mushroom seasoning. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan siput yang telah dibersihkan.
  5. Masukkan daun kesum dan santan. Kacau sehingga sebati.
  6. Masukkan asam keping.
  7. Letakkan dua titis stevia EatSlim untuk rasa manis-manis sedikit.
  8. Siap untuk dihidang!
Video resipi siput sedut masak lemak yang AU kongsikan di laman YouTube AU

2. Bunbun Chicken Filling | Makanan Diet yang Sedap dan Kenyang

Bunbun. Comelkan nama dia? Bunbun ni AU “lahirkan” dia dengan formula tanpa tepung dan gula tau. Sebab itulah walaupun Bunbun ni roti, tapi ia sangat sesuai diamalkan dalam diet keto sebab rendah karbohidrat, bebas gluten dan bebas gula.

Bunbun chicken filling ni kalau korang hidangkan kepada anak-anak kecil, mesti diorang suka. Lagi-lagi anak kecil yang susah nak makan. Bunbun ni memang sesuailah sebab makan satu pun dah rasa kenyang.

AU teringat ada satu pelanggan AU cakap, bila anak dia makan Bunbun chicken filling ni … terus anak dia kata macam makan dekat Subway. Wow!

Makanan diet yang sedap dan kenyang
Bunbun Chicken Filling EatSlim

Bahan bahan:

  • Bunbun secukupnya
  • Isi ayam yang diperap dengan Sos Chacha (perap selama 3 jam)
  • Daun salad
  • Salad dressing sauce (mayonis rendah karbo dicampur bersama chacha sauce dengan nisbah 1:1)
  • Keju Mozzarella (diparut)
  • Minyak kelapa

Cara Penyediaan:

  1. Potong tengah Bunbun.
  2. Grill isi ayam tadi dengan sedikit minyak kelapa.
  3. Setelah isi ayam masak, hiris nipis isi ayam tersebut.
  4. Gabungkan isi ayam, salad, keju Mozzarella dan salad dressing sauce ke dalam Bunbun.

Tips: Untuk dapatkan hasil isi ayam yang berjus, grill dengan api perlahan dan tutup dengan periuk yang direnjis air.

3. Chicken Frittata | Makanan Diet yang Sedap dan Kenyang

Chicken Frittata ini merupakan satu hidangan ringkas yang sarat dengan pelbagai bahan. Walaupun sarat dengan pelbagai bahan, frittata ni rendah karbohidrat tau. Sangat sesuai untuk korang yang tengah diet atau nak cuba ajak keluarga atau kawan-kawan rasa makanan diet yang sedap dan kenyang.

Makanan Diet Yang Sedap Dan Kenyang
Chicken Frittata yang AU hasilkan

Bahan-bahan:

  • Telur – 6 biji
  • Isi ayam – hiris nipis-nipis
  • Daun bayam – dua genggam
  • Air rebusan ayam (pilihan)
  • Hirisan lada merah
  • Hirisan lada benggala kuning
  • Bawang Holland – dicincang kasar
  • Minyak zaitun atau minyak kelapa
  • Garam
  • Lada hitam
  • Aluminium foil
  • Parutan keju Cheddar/Mozzarella

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celsius.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang.
  3. Masukkan secubit garam dan lada hitam. Kacau sehingga naik bau.
  4. Masukkan isi ayam. Kacau sehingga masak.
  5. Masukkan bayam, hirisan lada merah, lada benggala dan bawang Holland.
  6. Tuangkan air rebusan ayam sedikit jika tidak mahu terlalu kering. Masak dan ketepikan.
  7. Pukul telur bersama garam dan lada hitam.
  8. Masukkan kesemua bahan yang telah dimasak dalam telur dan gaulkan sebati.
  9. Masukkan parutan keju.
  10. Kemudian, bahagikan adunan dalam dua bekas aluminium foil saiz besar atau 4 saiz kecil.
  11. Bakar selama 20 ke 25 minit sehingga masak.

Tips: Nak tahu dah masak atau belum, korang boleh cucuk pakai lidi. Sekiranya tiada apa-apa melekat di lidi, tandanya chicken frittata kita telah pun siap!

Nak Tahu Lebih Lanjut Tentang EatSlim Lifestyle?

Siapa kata nak diet tak boleh makan sedap? Sekiranya korang berminat untuk membuat pembelian produk makanan keto daripada EatSlim Lifestyle, klik di sini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai diet ketogenik, klik sahaja link ini https://linktr.ee/Eatslimlifestyle.

Share: