Diet Keto & Diabetes | Macam Mana Nak Mula? | Makanan yang Sesuai | Menu Diet Keto untuk Diabetes | EatSlim Lifestyle
Apa yang korang fikir apabila AU sebut tentang menu diet keto untuk diabetes? Daging berlemak dalam pinggan atau menu makanan yang tawar dan membosankan?
Tak kisahlah apa pun korang fikir tetapi apa yang AU nak sampaikan sebenarnya ialah diet keto ni merupakan gaya pemakanan yang mudah sahaja untuk diamalkan. Macam-macam menu boleh divariasikan supaya makanan yang dinikmati tetap terasa sedap dan “kena dengan tekak” kita.
Jom luangkan masa untuk baca perkongsian AU. Mana tahu, lepas ni bolehlah korang cuba pula di rumah.
Diet Keto dan Diabetes
Korang tahu tak yang diet keto ni merangkumi pelbagai jenis variasi menu berbanding amalan pemakanan diabetes konvensional? Diet keto ini boleh menurunkan berat badan dan juga paras gula dalam darah bagi penghidap diabetes.
Macam mana tu AU?
Apabila seseorang penghidap diabetes mengamalkan diet keto, mereka akan meningkatkan sensitiviti insulin. Sebab itulah paras gula dalam darah boleh menurun.
Namun AU nak ingatkan, sebelum korang mulakan diet keto untuk diabetes ini, korang kena pastikan jenis diabetes korang sama ada jenis 1 atau jenis 2. Korang boleh klik di sini untuk baca perkongsian AU yang lepas tentang diet keto untuk diabetes.
Korang juga kena pastikan yang korang bukan dalam kategori underweight. Kalau korang tak rancang betul-betul diet korang, dikhuatiri komplikasi lain pula yang akan datang nanti.
Macam Mana Nak Mulakan Menu Diet Keto untuk Diabetes?
AU sarankan korang yang berminat nak amalkan menu diet keto untuk diabetes ni boleh mulakan secara perlahan-lahan. Maklumlah, badan kita perlukan masa untuk menyesuaikan diri.
- Mulakan dengan menu yang ringkas dan mudah disediakan.
- Korang boleh juga mulakan dengan mengurangkan makanan yang tinggi gula dan makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi, pasta, bijirin dan sebagainya.
- Apabila badan korang dah serasi dengan gaya diet keto ini, bolehlah korang elakkan terus makanan yang tinggi karbohidrat dan gula.
Apa Makanan yang Sesuai dengan Menu Diet Keto untuk Diabetes?
AU percaya mesti ada yang rasa macam tak banyak pilihan untuk hasilkan menu diet keto untuk diabetes. Siapa kata?
Banyak tau variasi makanan yang boleh korang masukkan dalam menu diet keto untuk diabetes ni. Mari sini AU beritahu apa makanan yang boleh diambil oleh penghidap diabetes yang mengamalkan diet keto ini.
Antara makanan yang korang boleh cuba termasuklah:
- Makanan berasaskan daging seperti ayam dan daging lembu
- Ikan yang mengandungi tinggi lemak seperti ikan tuna, ikan salmon dan makerel
- Sayur-sayuran seperti bayam, salad, kubis bunga, brokoli dan sebagainya (hindari sayur-sayuran berkanji)
Menu Diet Keto untuk Diabetes | Ringkas dan Sedap
AU nak kongsi beberapa menu diet keto untuk diabetes yang boleh korang amalkan. Simple tapi AU jamin sedap!
1. Low-Carb Chicken Tortilla

Hidangan ini sesuai sangat dijadikan menu diet keto untuk diabetes sebab hidangan ini bebas gluten dan bebas gula. Akan tetapi, walaupun bebas gluten dan bebas gula, AU jamin hidangan ini tetap sedap. Resipinya pun mudah je.
Bahan-Bahan:
- Ayam bahagian dada
- Lada cayenne
- Garam
- Sos chacha
- Minyak zaitun
- Mayonis
- Salad Iceberg
- Tortilla Wrap (Boleh dapatkan di laman web EatSlim)
Cara Penyediaan:
- Gaulkan ayam bahagian dada bersama garam dan serbuk lada cayenne.
- Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak zaitun. Masak ayam yang telah diperap.
- Tuangkan sedikit sos chacha dan masak sehingga isi ayam masak sepenuhnya.
- Dengan menggunakan kuali non-stick, masak kedua-dua belah tortilla selama 1 minit.
- Susun ayam yang telah dimasak bersama salad, mayonis dan sos chacha di atas tortilla dan gulungkan.
- Tortilla ayam rendah karbo sedia untuk dihidang!
2. Nasi Goreng Bunga Kubis

“Eh AU? Kata elakkan karbohidrat. Nasi kan karbohidrat. Kenapa ada resipi nasi?”
Haa … pelikkan? Jangan pelik. Nasi goreng ni tak menggunakan beras tau. Tapi, AU menggunakan kubis bunga sebagai pengganti nasi. Walaupun rasanya tidak sama seperti nasi beras, namun sedap tau!
Bahan-Bahan:
- 2 cawan kubis bunga diparut
- 5 biji cili api*
- 2 ulas bawang putih*
- ½ biji labu bawang besar*
- 2 sudu besar ikan bilis*
- Garam
*Bahan ditumbuk atau dikisar
Cara Penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak.
- Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
- Setelah naik bau, tambahkan garam dan kacau sehingga sebati.
- Akhir sekali, masukkan kubis bunga yang telah diparut.
- Goreng sehingga sebati sehingga kubis bunga masak sepenuhnya.
- Sedia untuk dihidangkan. Nasi goreng kubis bunga ni sedap kalau dihidangkan ketika masih panas tau!
3. Telur Mata Kicap Low-Carb

AU yakin ini adalah menu kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia. Tambah pula dimakan bersama nasi panas. Kecur air liur AU. Tapi, diet keto tak boleh makan nasi, macam mana ni AU? Tak apa, hidangan ni korang boleh makan dengan nasi goreng kubis bunga. Sedap tau!
Bahan-Bahan:
- 3 biji telur
- Minyak masak
- 1 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 2 sudu makan coconut aminos
- 1 sudu makan bawang goreng
- 2 tangkai cili api
- 1 sudu makan air masak
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak dan pecahkan telur dengan berhati-hati untuk mendapatkan bentuk telur mata kerbau.
- Gorengkan kemudian angkat dan ketepikan telur yang sudah digoreng.
- Untuk buatkan sosnya, panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, cili api dan bawang goreng. Tumis sehingga naik bau.
- Kemudian, masukkan coconut aminos dan sedikit air.
- Masak sehingga sedikit mendidih.
- Tuang sos ke atas telur mata dan sedia untuk dihidang.
Haa … mudahkan resipi yang AU kongsikan ni? Sebenarnya, banyak lagi menu diet keto untuk diabetes ni.
Kalau korang nak cuba menu diet keto yang lain, korang boleh layari YouTube AU. Di sana, AU kongsikan pelbagai resipi menu diet keto yang korang boleh cuba di rumah.
Nak Tahu Lebih Lanjut Tentang EatSlim Lifestyle?
Siapa kata nak diet tak boleh makan sedap? Sekiranya korang berminat untuk membuat pembelian produk makanan keto daripada EatSlim Lifestyle, klik di sini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai diet ketogenik, klik sahaja link ini https://linktr.ee/Eatslimlifestyle.