...

Menu Keto Diet Seminggu

Asas Menu Keto Diet | Pelan Menu Keto Diet Seminggu | Contoh Menu | EatSlim Lifestyle

Bila sebut tentang amalan diet, perkara yang paling lazim bermain di fikiran korang mesti tentang konsisten. Yalah, apabila kita nak amalkan sesuatu gaya hidup, kita perlulah konsisten. Kalau tak, apa yang kita amalkan tu tak nampak pun kesannya.

Jadi, hari ini AU nak kongsi dengan korang macam mana nak sediakan menu keto diet untuk seminggu.

Jangan risau, AU yakin menu keto diet yang AU kongsi ni mudah untuk korang ikut walaupun korang baru nak mencuba. Insya-Allah lepas ni bolehlah korang amalkan secara konsisten. Jom ikuti perkongsian AU!

Asas Menu Keto Diet

Sebelum AU kongsikan menu keto diet ni, korang kena tahu beberapa asas dan peraturan dalam keto diet ni.

“Dalam diet pun ada peraturan ke AU?”

Mestilah! Apa pun yang kita buat mesti ada peraturannya. Barulah kita tidak melanggar batas dan dapat hasil yang berkesan. Peraturan keto diet ni mudah je. Pastikan korang mengambil makanan yang tinggi lemak, kurang karbohidrat dan bersederhana dengan protein.

Apabila mengamalkan keto diet, kandungan karbohidrat adalah antara 5–10% daripada kalori yang digunakan, manakala lemak sihat harus menggantikan sebahagian besar karbohidrat yang telah dipotong dan memenuhi kira-kira 60-80% daripada jumlah pengambilan kalori korang.

Protein pula harus diambil sekitar 10–30% daripada keperluan tenaga. Pengurangan karbohidrat ini memaksa badan korang bergantung kepada lemak untuk sumber tenaga utamanya dan bukannya glukosa. Proses ini disebut sebagai ketosis.

AU pernah ceritakan tentang ketosis ni dalam perkongsian yang lepas. Tekan sini untuk baca.

Pelan Menu Keto Diet Seminggu

Peralihan ke keto diet ini kadang kala akan terasa sukar bila sampai suatu masa. Tapi, sebenarnya tidaklah susah mana. Korang cuma perlu fokus untuk kurangkan karbohidrat dan dalam masa yang sama meningkatkan kandungan lemak dan protein dalam makanan.

Senang cerita, semakin rendah pengambilan karbohidrat, semakin mudah korang nak capai proses ketosis. Sebab itulah korang kena ambil makanan mesra keto diet dan elakkan makanan tinggi karbohidrat untuk turunkan berat badan.

Makanan yang perlu korang ambil dan elakkan pula macam yang AU dah kongsikan dalam artikel sebelum ini. Korang kena banyak ambil makanan seperti:

  • Telur
  • Ayam dan Daging
  • Ikan berlemak seperti salmon, tuna dan makerel
  • Keju
  • Kekacang
  • Sayuran
  • Minyak Kelapa
  • Minyak Zaitun
  • Bijian FIber

Manakala, makanan yang harus korang elakkan merupakan makanan yang tinggi karbohidrat seperti:

  • Roti
  • Manisan
  • Pasta
  • Nasi
  • Semua jenis produk bijirin
  • Sayuran berkanji seperti kentang dan labu
Menu Keto Diet Seminggu
Terdapat juga buah-buahan yang tinggi kandungan karbohidrat. Jangan tersilap pilih …
Kredit: justget.fit

Contoh Menu Keto Diet Seminggu

Korang dah khatam asas keto diet kan? Sekarang, barulah AU boleh kongsi menu keto diet untuk korang yang baru nak mencuba ataupun korang yang dah tak ada idea nak hidangkan apa.

Sebenarnya, banyak je menu keto diet ni. AU jamin korang tak akan bosan. Yalah … Selalunya orang mesti kaitkan diet ni dengan makanan tawar yang membosankan. Say no more!

Hari Pertama | Menu Keto Diet Seminggu

Hari Kedua

Hari Ketiga

Hari Keempat

Hari Kelima | Menu Keto Diet Seminggu

Hari Keenam

Hari Ketujuh | Menu Keto Diet Seminggu

Haa … Betul tak apa yang AU cakap tadi? Makanan diet pun boleh divariasikan. Jadi, sebenarnya makanan diet ni tak adalah membosankan pun. Kalau korang suka makan masak lemak misalnya, korang masih boleh terus makan masak lemak walaupun tengah mengamalkan keto diet.

Cuma, kadangkala kita perlu lakukan sedikit adjustment terhadap hidangan kegemaran kita untuk menepati kehendak diet. Korang boleh olah menu kegemaran korang dengan produk-produk daripada EatSlim tau!

Menu Keto Diet Seminggu
Antara produk mesra keto yang terdapat di kedai online EatSlim Lifestyle

Kebanyakan menu yang AU kongsikan di atas merupakan resepi olahan AU. Untuk resipi penuh dan video cara penyediaan, boleh layari laman YouTube Adda Uwais. Selain itu, di laman YouTube AU juga AU ada kongsikan banyak lagi jenis menu rendah karbo yang sesuai untuk menu diet keto.

Chicken & Tuna Mentai yang diolah AU sebagai satu menu rendah karbo

AU harap dengan perkongsian AU ni, korang semua akan capai sasaran korang terutama sekali dalam menurunkan berat badan.

Nak Tahu Lebih Lanjut Tentang EatSlim Lifestyle?

Siapa kata nak diet tak boleh makan sedap? Sekiranya korang berminat untuk membuat pembelian produk makanan keto daripada EatSlim Lifestyle, klik di sini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai diet ketogenik, klik sahaja link ini https://linktr.ee/Eatslimlifestyle.

Share:

Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.