Jenis-Jenis Diabetes | Keberkesanan | Fungsi | Faedah | Bagaimana Nak Mula | Makanan Mesra Diet Keto dan Diabetes | Menu Diet Keto untuk Diabetes | EatSlim LifeStyle
Diet keto merupakan salah satu kaedah popular yang digunakan orang ramai untuk menurunkan berat badan. Tetapi, adakah diet ini merupakan kaedah diet yang selamat dan berkesan untuk para penghidap diabetes?
Kalau korang nak tahu diet keto ni berkesan ke tak untuk penghidap diabetes, jom ikuti perkongsian AU tentang diet keto untuk diabetes.
Sebelum korang tahu sejauh mana keberkesanan diet keto ini terhadap penghidap diabetes, AU nak kongsi secara ringkas apa itu diet keto. Diet keto ini merupakan satu diet yang mengamalkan pengambilan lemak yang sangat tinggi. Tetapi, pengambilan gula dan karbohidrat adalah sangat rendah.
Korang boleh klik di sini untuk baca perkongsian AU dengan lebih lanjut tentang apa itu diet keto.
Untuk seseorang yang menghidap diabetes memulakan diet keto, mereka kena tahu dahulu apakah jenis atau tahap diabetes mereka. Sebab, kalau korang tak tahu apa tahap penghidap diabetes ni, berkemungkinan akan terjadi komplikasi-komplikasi yang kita tidak inginkan.
Jenis-jenis Diabetes

Untuk pengetahuan korang, terdapat 2 jenis diabetes iaitu:
- Diabetes Jenis 1: Diabetes jenis ini merupakan menyakit auto imun. Sistem imun dalam badan akan menyerang dan memusnahkan sel-sel di dalam pankreas, iaitu tempat insulin dihasilkan. Terdapat 10 peratus orang yang menghidap diabetes tahap 1 ini.
- Diabetes Jenis 2: Diabetes jenis ini terjadi apabila badan korang jadi kebal terhadap insulin dan akhirnya gula terkumpul dalam darah korang.
Berkesan ke diet keto untuk diabetes ni?
Macam yang AU sebut di awal tadi, diet keto mempraktikkan pengambilan karbohidrat yang rendah sekali gus boleh menurunkan berat badan dengan cepat. Oleh itu, diet keto ni sesuai untuk penghidap diabetes.
Sebab, penghidap diabetes tidak ada keupayaan untuk memproses gula dalam badan, maka paras gula dalam darah (A1c) akan sentiasa tinggi.
Jadi, apabila seorang penghidap diabetes mengamalkan diet keto ini, pengambilan gula dapat dikurangkan dan badan akan menggunakan glukosa yang ada dalam badan untuk ditukarkan menjadi tenaga.
Tapi, bagaimanakah diet keto untuk diabetes berfungsi?
Ok, sini AU terangkan. Selalunya, badan korang akan menjana sendiri gula atau glukosa yang diperoleh daripada karbohidrat. Jadi, bila korang amalkan diet keto ni, badan korang akan kehabisan glukosalah sebab kita dah kurangkan pengambilan karbohidrat.
Selepas badan tak boleh nak jana glukosa daripada karbohidrat, badan kita akan mula membakar lemak.
Kalau korang nak tahu, proses ni dipanggil nutritional ketosis. Ia akan menghasilkan bahan asid lemak yang dipanggil “keton” dan boleh digunakan oleh badan korang sebagai tenaga.
Jadi AU, apa faedah diet keto untuk diabetes?
Dengan pengambilan protein yang sederhana dan lemak sihat yang tinggi, seseorang akan kurang rasa lapar. Hal ini kerana protein dan lemak mengambil masa yang panjang untuk dihadamkan berbanding karbohidrat. Ia juga boleh membantu mengekalkan tahap tenaga tau!
Jadi tak ada lah korang semua cepat letih dan lesu apabila mengamalkan diet keto ni.
Selain itu, diet keto juga dapat membantu penghidap diabetes menurunkan kadar trigliserida memandangkan penghidap diabetes ini mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat penyakit jantung.
Bagaimana Nak Mulakan Diet Keto untuk Diabetes
Kalau korang berminat nak cuba diet keto untuk diabetes ni, AU sarankan korang mulakan secara perlahan-lahan. Hal ini supaya korang boleh pantau sama ada diet ni serasi ke tidak dengan korang. Korang boleh mulakan dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat.
Ingat! Jangan terus berhenti mengambil karbohidrat. Dikhuatiri korang boleh terkena hypoglycemia atau paras gula dalam darah rendah, lebih-lebih lagi jika korang sedang mengambil ubat oral diabetes atau suntikan insulin.
Pastikan juga korang mengambil nutrien yang seimbang. Pastikan dalam hidangan korang ada semua nutrien penting seperti vitamin, mineral, fiber, dan banyak lagi. Korang juga kena pantau jumlah pengambilan kalori dan lemak mesra keto.
Bukan apa, langkah ini akan membantu mengurangkan keradangan dalam badan.
Makanan Mesra Diet Keto dan Diabetes
Sebagai permulaan, korang mungkin boleh cuba makanan yang sinonim dengan diet keto dan dalam masa yang sama juga mesra diabetes seperti:
- Ayam dan daging
- Ikan
- Avocado
- Kekacang
- Telur
- Sayuran bukan berkanji
- Minyak Zaitun
- Minyak Kelapa

Kredit: agamatrix.com
Korang juga kena tahu tentang makanan yang harus dikurangkan atau dielakkan dalam pelan diet keto, tidak kira sama ada korang menghidap diabetes ataupun tidak. Antaranya adalah seperti berikut:
- Bijirin termasuk beras perang, gandum serta pasta
- Buah-buahan, terutama sekali yang tinggi karbohidrat
- Semua jenis gula seperti gula pasir, gula perang dan manisan
- Makanan yang diproses seperti keropok dan cip kentang
Cadangan Menu Diet Keto untuk Diabetes
AU tahu, pasti ada yang buntu. Walaupun AU dah kongsikan beberapa makanan mesra diet keto dan diabetes, mesti korang tengah fikir nak hasilkan hidangan apa kan? Jadi, mari AU kongsikan beberapa cadangan menu yang mengandungi kurang karbohidrat.
Menu Sarapan Pagi
- Dua biji telur yang digoreng bersama mentega dan dihidangkan bersama sayur pilihan yang telah digoreng kilas (stir-fry)
- Omelet cendawan
- Yogurt natural ditambah keto granola
- Lada benggala yang diisi dengan keju dan telur
Menu Makan Tengah Hari
- Salad tuna bersama seleri dan tomato
- Nasi goreng kubis bunga bersama telur mata kicap rendah karbo
- Salad Caesar bersama ayam
- Mentai tuna dan Ayam
Menu Makan Malam
- Chicken cordon bleu
- Murtabak ayam keto
- Chicken tortilla wrap rendah karbo
- Rojak zucchini
Kalau korang nak cuba menu diet keto yang lain, korang boleh singgah ke laman YouTube Adda Uwais. Pelbagai resepi rendah karbo yang telah AU kongsikan. Pada masa hadapan akan lebih banyak lagi menu-menu diet keto yang AU akan kongsikan di YouTube AU. Stay tuned!

Nak Tahu Lebih Lanjut Tentang EatSlim Lifestyle?
Siapa kata nak diet tak boleh makan sedap? Sekiranya korang berminat untuk membuat pembelian produk makanan keto daripada EatSlim Lifestyle, klik di sini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai diet ketogenik, klik sahaja link ini https://linktr.ee/Eatslimlifestyle.