Bagi sesiapa yang belum tahu tentang apa itu diet ketogenik, jom ikuti perkongsian saya, Adda Uwais (AU) dalam artikel kali ini!
AU nak tanya, ada sesiapa di sini yang mengamalkan diet low-carb untuk kurus? Korang tahu tak sebenarnya terdapat pelbagai jenis diet low-carb yang diamalkan oleh rakyat Malaysia?
Diet ketogenik merupakan salah satu jenis diet low-carb yang menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Top 5 Low-Carb Diet yang Popular di Malaysia | Apa Itu Diet Ketogenik
Sebelum AU teruskan dengan perkongsian apa itu diet ketogenik, AU nak senaraikan terlebih dahulu beberapa jenis diet low-carb yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Manalah tahu, ada dalam kalangan korang yang mengamalkan diet-diet tersebut.
Berikut merupakan top 5 low-carb diet yang popular di Malaysia:
- Diet Atkins
- Diet Paleo
- Diet Low-carb Mediterranean
- Diet Whole30
- Diet Ketogenik
Ada sesiapa yang pernah amalkan mana-mana jenis diet yang AU senaraikan di atas? Kalau korang nak baca lebih banyak lagi tentang jenis-jenis diet low-carb, boleh klik di sini. Kalau korang nak tahu apa itu diet ketogenik, teruskan membaca tau!
Definisi Diet Ketogenik | Apa Itu Diet Ketogenik
AU yakin korang semua mesti pernah dengar tentang diet ketogenik. Kalau korang nak tahu, diet ketogenik juga dipanggil diet keto atau keto diet dalam bahasa Inggeris.
Diet ketogenik merupakan diet yang sangat rendah karbohidrat/karbo dan sangat tinggi lemak sihat. Kadar protein pula adalah sederhana (moderate).
Selalunya, diet ini popular dalam kalangan artis terkenal luar negara dan orang yang nak kurus. Namun begitu, diet ketogenik memerlukan disiplin yang tinggi untuk menjayakan diet ini. Memandangkan diet ketogenik ialah diet low-carb, maka, korang perlu ambil lemak sihat yang tinggi.
Contoh-contoh Makanan Tinggi Lemak yang Disarankan
Sudah pastinya lemak sihat yang disarankan pengambilannya. Jauhi lemak trans dan jangan ambil mudah tentang perkara ini. Gambar di bawah menunjukkan antara makanan tinggi lemak sihat yang sesuai untuk pengamal diet ketogenik.
Contoh-contoh Makanan yang Perlu Dielakkan
Makanan yang tinggi dengan kandungan karbohidrat sudah tentunya wajib dielakkan oleh sesiapa yang mengamalkan diet ketogenik. Kalau korang sedang atau bercadang untuk mengamalkan diet ketogenik, pastikan korang tidak mengambil makanan seperti dalam gambar di atas.
Secara amnya, roti, pasta, biskut dan sayuran berkanji seperti kentang adalah dilarang sama sekali!
Apakah Kaitan Diet Ketogenik dengan EatSlim Lifestyle?
AU dah pun cerita secara ringkas tentang apa itu diet ketogenik. Mesti korang ada yang tertanya-tanya, apakah kaitannya dengan EatSlim Lifestyle, kan?
Justeru, AU nak kongsikan bagaimana AU boleh terjebak dengan diet ketogenik dan membangunkan EatSlim Lifestyle.
Untuk pengetahuan anda semua, AU telah pun mengamalkannya secara serius sejak tahun 2017.
Bagaimana AU Mula Mengetahui Tentang Apa itu Diet Ketogenik?
AU dulu pernah mengalami obesiti dengan seberat 80 kg. Ketika itu, AU jual makanan yang tidak sihat seperti nasi kukus, continental cake dan macam-macam lagi. Apabila ada saki-baki jualan yang tidak habis, AU lah orangnya yang akan habiskan. Maklumlah, membazir itu kan amalan syaitan!
Lama-kelamaan, badan pun mula naik dan AU rasa tak normal. Bila lipat kain, tak boleh duduk. Jadi, perlu rehat sekejap atau baring. AU mudah rasa mengah dan rasa badan tak sedap.
Sejak dari itu, AU pun mula buat R&D dan study jenis-jenis diet di Malaysia. AU dah try macam-macam, dan alhamdulillah, apabila AU cuba untuk cut sugar dan tepung dalam makanan diet, badan AU rasa serasi.
Bermula daripada situlah AU menimba ilmu tentang apa itu diet ketogenik. Apa yang AU lakukan ialah:
AU belajar untuk R&D makanan diet daripada resipi luar negara supaya kena dengan tekak AU.
AU belajar apa itu diet ketogenik bersama keto nutritionist dari US, Miss Martina Slarajevo menerusi Ketodiet App dan eBook beliau.
AU gigih beli semua koleksi buku resepi diet keto beliau.
Bermula dari saat itu, AU try sebaik mungkin untuk olah resipi jadi versi tekak orang Asia.
Makanan Diet Ketogenik Tidak Kena dengan Tekak Orang Malaysia
AU akui bahawa makanan diet ketogenik tidak sesuai dengan tekak kita sebagai orang Malaysia. Rata-rata pengamal diet keto berhenti di separuh jalan kerana “tekak dah tak boleh nak telan”.
AU setuju dan disebabkan itulah, AU nekad mengubah resipi diet ketogenik menjadi makanan yang mesra dengan tekak orang Malaysia. Kemudian, AU mula berkongsi di media sosial.
AU dihujani pertanyaan “Tak jual ke?”. Ketika itu, AU belum menjual makanan diet keto lagi sebab AU baru bermula dan masih mengambil makanan yang tidak sihat.
Hasil amalkan gaya pemakanan ketogenik, AU berjaya lose 25kg dalam masa 3 bulan dan konsisten buat 90 hari.
Akhirnya, AU berjaya capai 55kg berat BMI normal. Alhamdulillah dan masih lagi maintain berat hari ini.
Ikuti perkongsian video di bawah tentang kisah di sebalik permulaan AU mengamalkan diet ketogenik.
Bantu Adik Hilang 50kg dalam 10 Bulan
Apabila AU berjaya turunkan berat badan dan mula beri inspirasi kepada orang lain, orang pertama yang AU bantu ialah adik beradik AU.
Salah seorangnya ialah Cik Puan Siti Badariah yang berjaya hilangkan 50kg dalam masa 10 bulan.
Pelan pemakanan yang sama, diet yang sama dan alhamdulillah, sekarang beliau sedang bermain dengan baby kecil baru lepas bersalin.
Setelah 13 tahun mengimpikan anak kedua, akhirnya lepas berjaya kurus Allah bagi rezeki anak lelaki yang sangat comel. Berkat usaha dia konsisten jaga diet dan bersenam setiap pagi.
Tahniah, Angah! So proud of you.
Inspirasi Utama Datang daripada Ibu AU Sendiri
Kisahnya bermula apabila ibu AU sendiri yang AU panggil “Ma” disahkan menghidap kegagalan buah pinggang, obesiti dan penyakit tiga serangkai pada tahun 2016. AU kongsikan sedikit kronologi berkaitan:
Kehidupan AU berubah selepas itu apabila hospital sudah menjadi rumah kedua.
Bermula daripada itu, setiap 3 kali seminggu seawal subuh pagi AU perlu hantar Ma pergi dialisis dekat Hospital Besar Jerteh.
Kadang-kadang, kalau berlaku komplikasi kena transfer ke Hospital Besar Kubang Kerian, Kota Bharu.
Berminggu pula kena stay sana sampaikan adik bongsu terpaksa berhenti kerja sebab nak jaga Ma.
Ramai orang sakit…dan bila sakit, apa yang AU tengok adalah derita sakit tu satu hal, bil perubatan pula bayar guna duit. Kalau yang ada insurance tu memang selesa, kalau yang tak ada, sakit la nak bayar bil. Yang paling sakit AU tengok senario ahli keluarga tak ada masa kita terlantar. Sendirianlah di wad urus diri sendiri…tak ada siapa tolong. Itu yang paling sakit!
Yang ahli keluarga bergaduh berebut tak nak jaga mak/ayah/isteri/suami bila sakit pun ada. Masa sakit tiada yang datang dekat, masa senang semua nak dekat. Bersyukurlah apabila kita sakit, ada yang nak jaga.
Janganlah disebabkan kita tak jaga diri sendiri, kita susahkan orang lain yang kena uruskan kita. Dek kerana kita degil tak boleh kawal nafsu makan, kita yang sakit.
Menurut pemerhatian AU, kesemua penyakit ini bermula dengan PEMAKANAN.
Kalau dikaji pun, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah berkata, masalah penyakit kita semuanya memang bermula dari dalam PERUT.
Jadi, AU terfikir, kalau tiada siapa yang perjuangkan perkara ini, siapa yang nak perjuangkan?
Pemergian Ayah AU Menguatkan Lagi Semangat Juang EatSlim Lifestyle | Apa Itu Diet Ketogenik
Selepas ibu AU meninggal pada tahun 2018, ayah pula disahkan menghidap diabetes. Hal ini menguatkan lagi semangat dan objektif AU untuk meneruskan EatSlim yang pada awalnya hanya bertujuan membantu sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan sahaja.
Secara kebetulan, diet ketogenik memang sesuai untuk sesiapa yang ingin lose weight dan yang nak reverse diabetes. Jadi, AU mula belajar cara merawat diabetes dengan cara sebenar. Dari situ, ilmu berkaitan pemakanan dan gaya hidup sihat pun bertambah.
Pada awal Februari 2021, ditakdirkan ayah AU meninggal dunia. Ayah pergi dalam keadaan yang sangat mudah, dah tiba ajalnya (al-Fatihah buat arwah Ghazali Mohd).
Nak Tahu Lebih Lanjut Tentang EatSlim Lifestyle?
Siapa kata nak diet tak boleh makan sedap? Sekiranya korang berminat untuk membuat pembelian produk makanan keto daripada EatSlim Lifestyle, klik di sini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai diet ketogenik, klik sahaja link ini https://linktr.ee/Eatslimlifestyle.